Monday 13 August 2012

BULAN CERIA MERDEKA

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 15 Ogos 2012, iaitu pada waktu Kokurikulum mengikut Jadual B. Sehubungan itu aktiviti kokurikulum badan beruniform selepas Majlis Pelancaran Bulan Ceria Merdeka adalah menjurus kepada menceriakan kawasan-kawasan sekolah seperti yang telah ditetapkan. Sila rujuk di SINI untuk maklumat lanjut.

Pada waktu yang sama guru-guru tingkatan akan bersama 10 orang pelajar yang dipilih untuk menceriakan kelas masing-masing, manakala Setiausaha atau AJK Blog Kelab/Persatuan/Uniform pula akan mengemaskini Blog masing-masing.

Aturcara Majlis Pelancaran Bulan Ceria Merdeka boleh rujuk di SINI

Bersama-samalah kita menjayakannya.

No comments:

Post a Comment